follow | dash
fzra
6 Jenis Sahabat Yang Perlu Dijauhi
Tuesday, February 5, 2013 @ 10:38 AM | 0 babe(s)

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum

 

hai awak semua . ok . harini sebelum pergi scola pagi-pagi ni rajin pulak azie nak buat entry . entry kali ni azie nak buat fakta lha pulak . asyik pasal life azie jek setiap kali entry . ye tak ? haha . okok . kita stop . azie nak mulakan cerita azie . tajuk besau harini ialah 6 Jenis Sahabat Yang Perlu Dijauhi . hah ! tajuk kali ni mesti ada yang pernah berlaku di antara kwrang semua kan ? takde ? takyah tipu lha . azie tau . azie pun pernah kene macam kwrang semua . 
ok . azie nak mulakan sekarang . azie harap kwrang semua akan dapat jalan yang betul dengan apa yang azie taipkan ni yerk ? :)

1. Si Manipulatif
Isu : 
 Kawan begini biasanya menggunakan kwrang untuk kepentingan dirinya sahaja . Pada mulannya , mungkin dia benar-benar meminta pertolongan kwrang ke atas perkara-perkara yang sulit , tapi kelama-lamaan hal yang remeh-temeh pun dia mengharapkan kwrang juga . Padahal dia boleh buat sendiri . Betul tak ?
Penyelesaian :
Jangan terlalu rapat dengannya . Kwrang kene sentiasa bersikap tegas dan berani mengatakan TIDAK terhadap segala permintaannya yang boleh dilakukan oleh dirinya sendiri . Cukuplah sekadar membantu kalau permintaannya tu masuk akal and tidak menggangu masa kwrang .

2. Si Talam Dua Muka
Isu : 
 Golongan ni sangat pandai belakon di depan mata kwrang semua . So , kwrang semua kene and perlu berhati-hati dengan mahluk Allah yang sorang ni . Mungkin depan kwrang dia ni selalu menyokong and setuju sangat dengan pendapat kwrang , tapi tidak bila dia dengan kengkawan dia yang lain . Pasti dia ni akan membocorkan semua rahsia kwrang dan perkara yang buruk tentang kwrang .
Penyelesaian :
Jangan sesekali kwrang cerita tentang hal peribadi kwrang dengan dia . Elakkan jugak selalu ber-hangout dengan dia berdua-dua . Jangan kwrang percaya segala percakapannya . Kalau dia dah keterlaluan , cuba tegur dia ataupun ugut dia yang kwrang akan membongkarkan segala pembohongannya selama ni .

3. Si Busuk Hati .
Isu : 
 Di matanya , dia hanya mahu melihat kwrang jatuh tersungkur dan dibenci oleh semua orang . Dia hanya fikir yang dirinya sorang jek yang bagus . Sebab itulah dia selalu menyebarkan fitnah ke atas kwrang , becakap kasar , menjadi batu api antara kwrang and kengkawan lain dan menyebarkan foto-foto yang memalukan kwrang di laman-laman sosial .
Penyelesaian :
Orang yang jenis ni actually memang tahap 100% cemburu dekat kwrang semua . Sebab tulah dia sanggup buat apa sahaja untuk menjatuhkan kwrang semua . Opps ! Janagn pulak kwrang balas dendam yerk . Kwrang perlu tunjukkan sikap cool kwrang dan buktikkan pada dia yang kwrang tak terjejas pun dengan perbuatannnya . Soon , orang sekeliling juga akan perasan siapa yang salah dan siapa yang benar .

4. Si Pengeluh .
Isu :
 Pekarjaannya hanya mengeluh sepanjang masa . Pasal kawan , cuaca , bau even sambungan internet and line telefon pun dia mengeluh . Mula-mula ada juga rasa simpati kat dia , tapi kalau dha berkala-kala sakit hati juga kan ?
Penyelesaian :
Jenis sebegini memang nak perhatian 100% . Makin dilayan makin menjadi perangai dia . So , jangan mulakan perbualan dengannya atau rasa mudah bersimpati dengannya . Kwrang perlu bersikap tegas dan katakan keluhannya tu keterlaluan .

5. Si Pengatur Hidup .
Isu :
 Kawan seperti ni memang tak boleh tengok kwrang senang walaupun sesaat . Apa yang kwrang makan , pakai and mana kwrang pergi pun dia nak tahu . Kalu boleh dia nak kwrang ikut segala kemahuannya dan tak boleh lebih daripadanya .
Penyelesaian :
Kawan begini , egonya sangat lah tinggi bak awan di atas sana tu . Tak guna pun kwrang berbalah dengan dia . Pasti dia mahu dirinya menang sahaja kan ? Lebih baik kwrang tenang , then tolak dengan baik segala permintaannya . Katakan kwrang ada prinsip hidup sendiri and tahu apa kemahuan kwrang .

6. Profeser Serba Tahu .
Isu :
Ceritalah tentang apa sahaja . Tentu dia tahu segala-galanya . Maybe lebih tahu daripada kwrang . Kalah juga bukan lah apa yang perlu ada dalam dirinya . Golongan jenis ni tinggi benar sikap Angkuh dia tu . Dia akan membuat you all nampak bodoh dan belagak bijak dan berpengalaman . Penyelesaian :
Sentiasa besikap " dengar boleh , pecaya jangan " . Bukannya kwrang tak tahu yang kata-katanya semua tak boleh pakai . Buat-buat setuju then , alihkan topik supaya nampak kwrang tak berminat dengan ceritanya . Lama-lama dia pun akan sedar . 
hah ! azie dha habis taiping ni . tangan azie pun lenguh dha ni . hope kwrang faham tips-tips yang azie dha kasi ni . so , see you soon ! bye bye


                  - info diambil dari majalah bintang kecil keluaran karangkraf -